Ubat kuat ada bahan terlarang

Ubat-ubat kuat yang mempunyai bahan terlarang dalam senarai adalah Candy B+ Complex, Catuaba Factor, Catuaba Nourishing Essence, Cobra X, Goji Yumberry Powder, Kopi Jantan +++, Maca Tongkat Ali Extra, Man King, Pro Right, Pronoton, Roots dan Vimax.

Kebiasaannya bahan yang digunakan di dalam ubat adalah sildenafil & analog dan tadalafil.

Continue reading “Ubat kuat ada bahan terlarang”

Kuaci kurangkan keinginan beronani

Mengurangkan onani dengan kuaci
Kuaci kurangkan onani

Kuaci kurangkan keinginan beronani

KETAGIHAN terhadap onani merupakan suatu masalah kesihatan dan diketahui akan meninggalkan kesan buruk kepada fizikal dan mental seseorang.

Masalah mati pucuk, jumlah sperma rendah dan cepat lelah merupakan antara masalah kesihatan yang berpunca daripada aktiviti onani secara keterlaluan.

Pelbagai pendekatan yang dapat membantu mengurangkan keinginan beronani antaranya melakukan senaman yoga, membaca buku serta mengemas rumah.

Laporan jurnal kesihatan Ayurvedic Remedies, mendapati amalan pengambilan makanan tertentu juga dapat menghindari otak dan tubuh daripada keinginan seksual itu.

“Biji bunga matahari atau kuaci dipercayai dapat mengatasi hasrat beronani secara berlebihan. Ia mengandungi magnesium yang diketahui dapat memberi kesan tenang kepada otak.

“Kacang tanah juga antara makanan yang dapat membantu mengatasi masalah ketagihan beronani,” kata salah seorang penulisnya, Peter Filinovich.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz4Wse5u9jt

32 kes potong cincin pada zakar

Cincin rosakkan zakar
Cincin pada zakar

32 kes potong cincin pada zakar

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

KUALA LUMPUR – Walaupun perbuatan menyarung cincin pada kemaluan lelaki bagi tujuan seks mengundang padah, namun masih ramai yang me­lakukannya.

Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menunjukkan 80 peratus atau 32 daripada 40 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun membabitkan khidmat bantuan pemotongan cincin pada kemaluan lelaki.

Daripada jumlah itu, sebanyak 20 peratus iaitu lapan kes sahaja membabitkan pemotongan cincin pada jari di tangan.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani (gambar kecil) berkata, pelbagai jenis cincin digunakan termasuk jenis besi, logam dan aluminium menyebabkan pihak bomba mengalami kesukaran untuk memotong cincin berkenaan.

Katanya, teknik pemotongan menjadi lebih sukar apabila cincin yang tebal dan keras itu disarungkan pada kemaluan lelaki berikutan keadaan struktur zakar itu tidak bertulang berbanding jari di tangan.

“Pada 2014 sebanyak 10 kes membabitkan khidmat potong cincin dilaporkan dan diikuti dengan 22 kes bagi tahun 2015 dan terbaru tahun 2016 sebanyak lapan kes.

“Rata-rata mangsa mementingkan keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan kesakitan yang bakal ditimpa khususnya ketika kerja-kerja pemotongan cincin itu dilakukan di mana mereka perlu menahan kesakitan berjam-jam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Sumber: Kosmo

Masalah cepat pancut ketika seks

Seringkali menjadi satu persoalan berapa lama tempoh purata bagi zakar untuk bertahan ketika seks. Jika tempoh tersebut menjadi singkat maka terjadilah masalah cepat pancut. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi dari University of Queensland ke atas 500 pasangan daripada beberapa buah negara iaitu Belanda, United Kingdom, Sepanyol, Turki, dan Amerika Syarikat mendapati bahawa tempoh purata seks bagi lelaki adalah 5.4 minit sahaja.

Ini menunjukkan bahawa masalah cepat pancut dialami oleh ramai lelaki seluruh dunia dan ianya boleh dikatakan menjadi satu perkara normal bagi pasangan. Tetapi bukanlah bermakna ianya tidak boleh dirawat langsung dan masih lagi banyak kaedah untuk membantu mengatasi masalah ini antaranya rawatan akupunktur.

Kesan buruk masalah cepat pancut pada emosi
Masalah cepat pancut

Continue reading “Masalah cepat pancut ketika seks”

Senaman tenaga batin lelaki

Senaman tenaga batin lelaki
Senaman core

No-equipment fusion bodyweight workout for all fitness levels. Visual guide: print & use.

Sumber: Core Fusion Workout

Arahan senaman

Setiap pergerakan diulang tanpa sebarang rehat di antara pergerakan tersebut sehingga selesai set yang dilakukan. Kemudian rehat sehingga 2 minit dan ulangi keseluruhan set sehingga 3, 5 atau 7 kali bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Kandungan artikel ini:

  1. Pengenalan
  2. Apa itu core muscle?
  3. Fungsi core muscle
  4. Otot-otot terlibat
  5. Matlamat senaman
  6. Kesan-kesan senaman

Continue reading “Senaman tenaga batin lelaki”

Mengatasi masalah pancut awal dengan akupunktur

Penglibatan fizikal dan mental dalam mengatasi masalah pancut awal
Mengatasi masalah pancut awal

Masalah pancut awal atau premature ejaculation adalah keadaan di mana kurangnya kawalan terhadap pancutan air mani, berlaku dengan kerap dan sukar untuk bertahan lama. Secara puratanya hubungan seks mampu bertahan selama 12-20 minit dan wanita memerlukan tempoh 10 minit atau lebih untuk mencapai orgasm atau klimaks. Sekiranya kaum lelaki pancut terlebih dahulu sebelum pasangannya mencapai orgasm atau klimaks maka anda adalah tergolong di dalam kategori mereka yang mengalami masalah pancut awal atau premature ejaculation.

Berdasarkan kajian seramai 5000 orang lelaki yang dilakukan di Asia Pasifik, sebanyak 16 peratus daripada responden dikategorikan mengalami masalah pancut awal manakala sebanyak 15 peratus berkemungkinan mengalami masalah pancut awal. Seramai 1 dalam 3 orang lelaki pernah mengalami masalah pancut awal dalam hidup mereka dan mengakibatkan penurunan keinginan seks bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.  (Sumber: www.controlpe.com.my)
Continue reading “Mengatasi masalah pancut awal dengan akupunktur”

Perbezaan antara mati pucuk dan pancut awal

Masalah pancut awal
Masalah pancut awal

Terdapat perbezaan yang ketara antara mati pucuk (Erectile Dysfucntion) dan pancut awal (Premature Ejaculation). Video ringkas dibawah dihasilkan oleh syarikat Menarini Asia yang mana mereka menganjurkan kempen kesedaran pancut awal melalui laman web mereka iaitu www.controlpe.com.my. Kempen ini adalah salah satu usaha membantu kaum lelaki yang mempunyai masalah pancut awal.

Menurut kajian, 1 dalam 3 orang lelaki mempunyai masalah pancut awal dalam hidup mereka dan ini memberi kesan buruk kepada pasangan suami isteri. Tetapi masalah ini masih boleh dirawat.

Perbezaan pancut awal dan mati pucuk

Ketegangan zakar

Pancut awal: Tiada masalah untuk tegang dan bersedia untuk hubungan intim
Mati pucuk: Sukar untuk tegang atau mengekalkan ketegangan tersebut bagi melakukan hubungan intim

Mengekalkan ketegangan

Pancut awal: Zakar kekal tegang sehinggalah air mani terpancut kemudian ianya lembik
Mati pucuk: Lembik sebelum pancut atau sebelum hubungan intim berakhir.

Pancutan air mani

Pancut awal: Pancutan berlaku akibat lemahnya kawalan oleh lelaki dan ini menyebabkan perasaan tertekan.
Mati pucuk: Pancutan mungkin dilakukan dengan cepat kerana dikhuatiri zakar hilang ketegangan atau mungkin juga pancut ketika zakar lembik.

Siapa yang terkesan

Pancut awal: Biasanya berlaku kepada lelaki pelbagai umur.
Mati pucuk: Banyak berlaku pada lelaki yang sudah berumur

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/15999

Buah pinggang penentu kesihatan zakar

Organ buah pinggang manusia
Anatomi buah pinggang

Tahukah anda kesihatan buah pinggang anda penentu kesihatan zakar? Di dalam perubatan Cina tradisional buah pinggang mempunyai pelbagai fungsi yang mana salah satu daripadanya mempunyai kaitan yang banyak dengan kebatinan lelaki dan wanita. Oleh itu untuk merawat masalah kebatinan perlu juga kita merawat buah pinggang.

Menurut perubatan Cina tradisional dalam penerangan yang ringkas, di dalam buah pinggang terdapat essence atau jing iaitu satu bentuk tenaga dalam badan kita. Setengah daripada kita dilahirkan dengan tenaga tersebut dan setengah daripadanya kita dapat daripada makanan dan minuman yang diambil serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Jing ini bertanggungjawab dalam membentuk perkembangan minda dan fizikal dan juga menjadi asas kepada keupayaan dalam sistem pembiakan. Dalam kata lain tenaga jing ini faktor utama dalam memastikan kesuburan kita. Sekiranya fungsi ini tidak seimbang maka terjadilah masalah kesihatan seperti masalah kesuburan, kelemahan seksual dan masalah pembangunan mental dan fizikal.

Continue reading “Buah pinggang penentu kesihatan zakar”

Titik akupunktur untuk merawat kebatinan lelaki

Rawatan Akupunktur

Rawatan akupunktur memang bagus dalam merawat masalah kebatinan tetapi ianya memakan masa dan berperingkat. Semasa rawatan kita boleh tahu sama ada pesakit tersebut mempunyai masalah pengaliran darah di kawasan sekeliling zakar, ketinggian kandungan asid urik dan urat saraf yang tidak aktif.

Tidak perlu ditakutkan kerana akupunktur memang dapat membantu cuma jika masalah pancut awal, ngilu, tidak tahan lama atau lain-lain yang dialami agak lama maka rawatannya perlulah berulang kali. Sukar untuk melihat perubahan walau hanya dengan sekali rawatan. Continue reading “Titik akupunktur untuk merawat kebatinan lelaki”

Post pertama blog Rawatan Batin Lelaki

Platform WordPress untuk blogger

Syukur diucapkan ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan terhadap saya untuk membangunkan blog Rawatan Batin Lelaki di Shah Alam ini. Sebelum ini saya menggunakan Blogger sebagai platform bagi blog ini tetapi saya membuat keputusan untuk menggunakan WordPress yang memberi kebebasan yang penuh kepada saya dalam mengendalikan blog.

Tujuan saya membina blog ini adalah untuk membantu kaum lelaki dalam masalah kebatinan mereka. Seperti sedia maklum terdapat kebanjiran produk yang khusus dalam membantu merawat dan menyelesaikan masalah batin kaum lelaki. Akan tetapi tidak kesemuanya sesuai kerana masing-masing tidak sama masalahnya walaupun dalam kategori yang sama iaitu kebatinan.

Blog ini cuba mengetengahkan konsep alami atau natural dalam merawat masalah kebatinan dan ini bersesuaian dengan fitrah manusia itu sendiri. Berdasarkan pengalaman saya gabungan akupunktur dan alami memang berkesan dalam membina, memulih dan merawat kebatinan lelaki yang bermasalah. Walaupun ianya memakan masa untuk pulih tetapi dalam jangka masa panjang ianya memberikan kesan positif. Insya Allah

Masalah kebatinan

Selain daripada itu, tips-tips rawatan dan penjagaan kebatinan lelaki juga akan diberikan kepada pembaca. Ianya mudah untuk dilakukan pada pendapat saya dan boleh diamalkan bila-bila masa. Tiada ubat-ubat kuat dipromosikan kerana matlamat saya adalah membantu kaum lelaki dengan cara alami semampu mana yang boleh.

Bukan saya menidakkan keberkesanan ubat-ubat tersebut tetapi sekiranya anda sudah membeli dan mencuba pelbagai ubat tetapi tiada kesan maknanya punca masalah tersebut tidak dirawat dan ini akan membantutkan keberkesanan ubat-ubat tersebut. Walhal ubat-ubat itu bertujuan melancarkan pengaliran darah, melambatkan pancutan, mengekalkan ketahanan zakar dan sebagainya. Tetapi tahukah anda terdapat cara yang lebih baik daripada ubat-ubat kuat itu?

Saya tak nafikan kaedah yang akan saya kongsi nanti mengambil masa tertentu untuk melihat keberkesanannya dan saya tidak berani untuk menjamin tempoh masa tersebut. Semuanya bergantung pada anda dan pelbagai faktor terlibat seperti pantang mengamalkan minum air sejuk atau ais, kebersihan buah pinggang dan sebagainya. Oleh itu, kepada para pembaca nantikan entri-entri saya dalam minggu-minggu berikutnya.